Friday, April 29, 2011

Saya Malu jadi Rakyat Malaysia~

,
Kekecohan politik yang berlaku dalam 2, 3 minggu kebelakangan ini telah membuatkan saya berasa jijik dengan Malaysia. Jika di negara-negara Timur Tengah berlaku revolusi, lain pula ceritanya di Malaysia. Isu video seks yang ‘dipanaskan’ oleh media yang belum pasti kesahihannya telah mendapat perhatian hampir seluruh rakyat Malaysia dari usia kecil hinggalah dewasa. Kalau revolusi di Mesir, Bahrain dan Syria menyebabkan berlakunya pertumpahan darah, ‘revolusi’ di Malaysia pula menyebabkan berlakunya ‘pertumpahan’ maruah.

Yang paling dirisaukan adalah nasib generasi akan datang. Media massa khususnya surat khabar dan TV dengan tidak segan silunya menyiarkan atau ‘menghighlightkan’ isu-isu panas seperti isu video seks ini. Bagaimana jika anak-anak kita yang baru nak mengenal dunia tanya mengenai ‘oral sex’? Apa ibu bapa akan jawab? Kalau ibu bapa tak dapat jawab anak-anak akan cuba mencari jawapannya sendiri di internet dan rakan-rakan mereka. Seterusnya apa yang akan terjadi? Sudah tentu mereka ingin mencuba dan kesan jangka panjangnya akan terjadilah penyakit ‘sex addiction’ di kalangan anak-anak kita.

Lebih menyayatkan hati, isu ini hangat menjadi tontonan umum sehinggakan media massa sanggup menayangkan video yang boleh dianggap sebagai kelucahan yang melampau. Seolah-olah media massa mempromosikan porno. Adakah ini mentality rakyat Malaysia? “Malaysians are sex addicted, almost every day sex video is highlighted in the TV” mungkin inilah pandangan orang asing terhadap rakyat Malaysia. Malunya kita sebagai rakyat Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam yang maju dan pernah memimpin OIC.

Di manakah realistiknya gagasan 1Malaysia kalau saling bermusuhan sesama bangsa? Secara peribadinya saya menegaskan isu ini hanya mainan politik. Namun, mengapa sungguh keji sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah rakyat Malaysia? Kerajaan telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, namun apakah hasilnya? Ke manakah hilangnya manifesto-manifesto dan janji-janji yang ditaburkan semasa PRU dulu? ‘Revolusi’ politik di Malaysia sebenarnya lebih teruk dari apa yang terjadi di Timur Tengah. Maruah kita telah diragut. Siapalah manusia kalau tiada maruah?

Bagi rakyat Malaysia yang sedar akan kepincangan yang berlaku ayuh kita sama-sama mencari jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya menyedarkan mereka yang belum sedar. Anak-anak remaja seperti saya inginkan sebuah negara yang aman dan selamat 10 tahun akan datang kerana kami ingin membesarkan anak-anak kami dalam sebuah negara Islam yang aman, selamat dan hidup bermaruah.


"MENGKRITIK bukan bererti MENENTANG, MEMUJI tidak semestinya MENYOKONG, MENEGUR tidak bermakna MEMBENCI"



Memo untuk PM:

“Sebagai rakyat Malaysia yang sedar, saya dengan penuh rasa hormatnya merayu Dato’ Seri untuk menenangkan kembali keadaan. Kami rakyat Malaysia yakin dengan kuasa pemerintahan yang ada di tangan Dato’ Seri mampu untuk menyelesaikan isu ini. Kami menyokong gagasan 1Malaysia jika ianya direalisasikan dalam bentuk yang boleh memberi manfaat kepada kami. Kami yakin Dato’ Seri tidak sanggup melihat rakyat Dato’ Seri kehilangan maruah. Isu-isu politik yang berbangkit kebelakangan ini telah sedikit sebanyak meragut maruah kami sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam khasnya. Kami berharap Dato’ Seri mengutamakan kami. Terima Kasih”

original post by fadzlisham
http://fadzlisham.blogspot.com/

0 Responses to “Saya Malu jadi Rakyat Malaysia~”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook