Tuesday, February 7, 2012

Gua Menyampah!

,

Assalamualaikum!

gua paling menyampah bende2 atau orang2 yang hipokrit. antara bende hipokrit yang paling gua tak suke ialah drama2 melayu yang pelakon2 die pakai tudung tapi hakikat tak pakai tudung! cish!! hipokrit!!! menjatuhkan standard islam! taik kucing punye producer dan banyak lagi maki-makian yang aku simpan untuk masa hadapan.

lu sume mengkin tak setuju dengan gua dan mungkin lu semua akan cakap yang drama2 macam ni adalah satu inisiatif yang baik, membawa imej islam dan menunjukkan imej orang islam bukan satu imej yang kolot dan tidak boleh diterime pakai oleh rakyat jelata of Malaysia. meh sini gua nak kasik jelas sikit; lu semua mesti belajar sirah nabi kan, setakat apa yang gua tau la kan, kalau gua salah lu semua betolkan gua. Nabi Muhammad s.a.w dipilih dari kalangan orang-orang yang dihormati, baginda sendirik mendapat gelaran 'al-amin' bukan disebabkan darjat atau harta emas berlian permata yang baginda ada tetapi dengan sikap dan keperibadian baginda sendiri. nabi bukan hipokrit, maka baginda di angkat manjadi rasul terakhir oleh Allah s.w.t dan terus menyebarkan Islam di tanah Hijjaz dan baginda adalah contoh terbaik bagi orang Islam. which means the prophet's chosen is the main principle of example in Islam, whereby mane2 perbuatan dalam menjadikan seseorang itu contoh atau ikon di dalam Islam mestilah mengikut prinsip kenapa Nabi dipilih iaitu sikap baginda, keperibadian baginda dan sebagainya. lu semua pikir, kenapa Allah s.w.t choose someone yang bukan femes dan bukan pandai berlakon atau bersyair atau bernyanyi macam penyair2 di zaman baginda sendiri?kenapa??? tapi bile sampai zaman kite, orang hipokrit dipilih menjadi ikon dan membawa imej Islam di media massa. tak kesahla drama tu macamana pon, tapi kalo dah hipokrit, memang failed gua cakap lu..


lu sume mesti akan cakap balik kat gua,' habis, nak cari mana pelakon2 yang betol2 pakai tudung dan betol pakai kopiah@betul2 alim?'. hek eleh, puluh tahun hidup takkan tak nampak lagi brader. Imam Muda kan ada, Ustazah Pilihan kan ada. audition la! indonesia dah lama dah buat tapi Malaysia tak buat. kite ni kan, kalau nak jadikan seseorang tu contoh mesti lah berdasarkan keperibadian dia bukan paras rupe ape pun. nak menunjukkan  imej Islam dan menyebarkan unsur2 islam melalui media massa macam TV ke ape ke, gunalah artis2 yang betul Islam, yang berIman, yang solat, puasa, tutup aurat dan sebagainya.


yang lagi gua sakit hati kan, dalam drama2 yang membawa imej Islam dan unsur hebat Islam, ade jugak benda yang kurang ajar bagi gua la yang tak patut ditunjukkan atau di lakonkan oleh para2 pelakon tersebut. yela, dahla bukan muhrim, bawak imej Islam tapi berpegangan tangan, tidur sekatil dan sebagainya, walaupun tu hanyalah lakonan dan mereka yang melakonkan semua tu adalah PROtaik, dosa pahala,syurga neraka tak amik kira yang tu bro. gua memang menyampah betol bende2 macam ni. hipokrit? memang adik beradik MUNAFIK. yang buat boleh dosa, yang tengok dapat dosa, yang menerbit boleh dosa, yang baut tak tahu pun dapat dosa. pedih tak pedih, menyampah tak menyampah, sakit hati tak sakit hati, marah ke tak marah, gua rase kite semua kene ingat.. BALA biasenye kene sume sekali!

2 Responses to “Gua Menyampah!”

  • February 15, 2012 at 3:36 PM
    Anonymous says:

    bala semua tu bala.. hahahaha

    delete
  • June 1, 2012 at 4:49 PM
    Anonymous says:

    7 petala cinta pon same je.. patot diharamkan terus je.. memburukkan imej islam je..

    delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook