Friday, June 1, 2012

Tanda-Tanda Orang Berilmu

,


1. EMPAT ALAMAT ORANG CERDIK
  • Berani menempuh bahaya.
  • Pandai bermanis muka dengan musuh.
  • Pandai melihat kesempatan, dan
  • Dapat menimbang pertimbangan orang lain.
2. EMPAT ALAMAT ORANG BERIMAN
  • Meninggalkan maki.
  • Menjauhi menyakiti hati orang.
  • Lekas memberi ampun, dan
  • Teliti menjatuhkan hukuman.
3. EMPAT TANDA ORANG BERAKAL
  • Cinta pada ilmu.
  • Tidak berubah muka menerima umpat dan puji.
  • Bagus jawabnya, dan
  • Banyak benarnya.
4. EMPAT ALAMAT ORANG RENDAH
  • Membuka rahsia.
  • Pendendam.
  • Suka menuduh orang lain, dan
  • Memburukkan kawan.
5. EMPAT YANG MENIMBULKAN CINTA
  • Muka jernih.
  • Sudi menolong.
  • Sudi menghindarkan selisih, dan
  • Menjauhi munafik.
6. EMPAT SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP
  • Benar perbicaraannya.
  • Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik.
  • Baik budinya, dan
  • Suka berterima kasih.
7. EMPAT SEMPURNA DENGAN 4
  • Ilmu dengan larangan.
  • Agama dengan takwa.
  • Amal dengan niat, dan
  • Kemuliaan dengan kelebihan.
8. EMPAT MESTI DIJAGA
  • Teguh menjaga kehormatan.
  • Redha menerima sedikit.
  • Berbuat kebaikan setiap hari, dan
  • Memelihara lidah.
9. EMPAT MACAM PERCARIAN
  • Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani.
  • Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang.
  • Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh, dan
  • Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal.

0 Responses to “Tanda-Tanda Orang Berilmu”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook