Thursday, September 27, 2012

Hutang Malaysia

,

Disclaimer: this post is not siding to any political party, just a mere facts and a little story to share.


Hutang Negara Malaysia pada December 2011 ialah RM573 billion, dan sudah pasti banyak angka sifar di situ. Pada tahun 2009 hutang Malaysia ialah RM 87 billion dan pada 2011 meningkat kepada RM 118 billion, ternyata pihak pemerintah telah menambah angka dalam buku 555.



Tommy Thomas, seorang perunding kanan bagi Program Pembangunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa hutang sebenar Malaysia ialah RM 573 billion pada disember 2011 yang mana membuat jabatan kira-kira Malaysia pening apabila ia mencecah kepada 67% daripada jumlah pendapatan kasar Negara walhal kerajaan Malaysia pernah berjanji untuk tidak berhutang hingga melebihi 55% daripada pendapatan Negara. Senang kira, hutang Malaysia kalau melebihi peratus tertentu iaitu di sini 67%, bermakna 67% itu perlu dibayar. Oleh kerana peratusnye tinggi, sempat ke Malaysia nak bayar balik sedangkan dalam masa 6tahun hutang Malaysia meningkat secara mendadak. Tak payah pening-pening nak faham peratus-peratus ni, yang penting korang faham ceritanya.



Tommy Thomas juga mengatakan bahawa tindakan Malaysia adalah satu sikap tidak bertanggungjawab jika dibandingkan dengan Negara –negara eropah ataupun Greece yang sudah pun muflis. Pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi hutang Malaysia meningkat kepada RM229 billion dan pada hujung tahun 2011 hutang Malaysia meningkat sebanyak 2kali ganda iaitu RM 456 billion. Walaupun Malaysia pernah menunjukkan reputasinya dalam menangani masalah kewangan pada tahun 1997 iaitu pada zaman pemerintah Tun Mahathir, tapi ia disifatkan sebagai nasib baik seperti mana yang disebut oleh Tommy Thomas ‘a cheap rescue’.

Walaupun pembangunan dan peningkatan Malaysia amat mengagumkan namun hanya pada era Dasar Ekonomi Negara sahaja pada tahun 1981, malah pada Persidangan Undang-Undang Malaysia 2011 dikatakan pemilihan ‘kroni’ antara sebab yang menyebabkan kemuraman ekonomi Malaysia.

Persoalannya:
1.       Apa yang Malaysia buat dengan duit2 tersebut
2.       Kenapa hutang Malaysia makin meningkat sedangkan kerajaan sentiasa memaklumkan pada rakyat Malaysia yang mana ekonomi kita makin baik.
3.       Hutang Malaysia pada 2009 adalah RM 87 billion, tapi dalam masa 6 tahun sahaja meningkat kepada RM 118 billion, kenapa? Ekonomi Malaysia jatuh ke masa tu ke macamana?
4.       Korang pikirla sendirik.. h0h0h0h0






4 Responses to “Hutang Malaysia”

  • September 27, 2012 at 7:29 PM
    Malaysian says:

    ko xtau yang kerajaan buat semua tu untuk rakyat, untuk korang jugak. ko punya pelajaran, kemudahan dan semua. otak xguna, pikir la suruh orang pikir....

    delete
  • September 27, 2012 at 7:31 PM
    Azuwa Hasan says:

    mungkin pada tanggapan pertama kerajaan buat untuk rakyat, tapi xkn sampai meningkat 2kali ganda sume tu. sampai pakar pun kate malaysia ni sudah tersilap langkah dalam merangka ekonomi negara... aku rase 'malaysian' ni pakai hentam je, tak baca paper section ekonomi, duk baca bola2 je, xpun politik saja xcukup bhai..

    delete
  • September 27, 2012 at 7:34 PM
    Malaysian says:

    ko cakap xpakai fakta, yang ko ckp malaysia mengamalkan pemilihan kroni tu apa? mana buktinya? sapa dia tu? ko nak tuduh sapa?patotla uia tendang ko pg merempat kat usim, kalo betol ko rase kerajaan skg ni salah pg masuk ipts la

    delete
  • September 27, 2012 at 7:37 PM
    Azuwa Hasan says:

    ko nak fakta ke, senang je.. tan sri tuan empunya beras malaysia ko kenal x? ko tau x yang die dah beli 2biji port dah kat malaysia?kat Klang ngn penang sana. dahla hutang melambung tp kerajaan duk bagi suntik2 lagi kat dia. hutang tetap xkurang tp duk tambah. dahtu, nak beli KTMB pulak dah.. tu bukan kroni?? dari logik, baik pilih mereka y stabil yang mampu melaksanakan kerja2 diorang. bukanye kete pancit, pegi crik kete lain tarik kete y pancit, pastu same thing goes around. xsudah2.. ipts ipta, aku punye suke la

    delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook