Sunday, October 28, 2012

Malaysia Kecoh Lagi!

,
السلام عليكم



Bapa Engkaulah harapan Negara ini
Kaulah satu satunya harapan
Di bumi Malaysia
Yesus Engkaulah harapan segala bangsa
Nyatakanlah kebenaranMu

Setiap suku Setiap kaum
Dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahtah-Mu
Dan nyatakan bahwa Yesuslah Tuhanku
Kudengar suara aliran sungaiMu
Membanjiri hati umat Mu di Malaysia

Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia

Harapanku
Tuhan pulihkan negaraku Malaysia
Kaulah satu-satunya harapan
Segala bangsa
Beri pengharapan kepada yang terhilang
Bebaskan semua pemulihanMu

Setiap suku Setiap kaum
Dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahtah-Mu
Dan nyatakan bahwa Yesuslah Tuhanku
Kudengar suara aliran sungaiMu
Membanjiri hati umat Mu di Malaysia

yang kat atas ni adalah lirik lagu serta video klip lagu Harapan Bangsa yang sekarang tengah hot dikutuk,dikritik dan di apa lagi. antara mangsa kutuk ialah Jacklyn Victor, salah seorang daripada artis top Malaysia. 

ada yang mengatakan apabila Jac menyanyikan lagu Harapan Bangsa, dikatakan bahawa beliau telah menghina agama lain iaitu of course la Islam. looks, aku bukannya nak bela sapa2 kat sini cume aku hanya ingin mencari kebenaran melalui analisa-analisa (analisa la sangat) aku jek. kalau ada yang salah, ada dikalangan anda yang tak setuju, aku pedulik hape!heh heh heh heh.


lirik lagu dan visual klip video itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Ada pihak khuatir rakaman klip video dan lagu itu boleh disalah erti hingga boleh memesong pegangan penganut agama lain terhadap agama Kristian. Selain itu, ada pihak menganggap tindakan Jaclyn atau lebih akrab disapa Jac menyanyikan lagu itu sebagai tidak peka dengan peminatnya yang kebanyakannya beragama Islam. 

see, kalo korang baca takat ni je memang tak adil bagi anda dan juga Jac. jawab Jac apabila diterjah dengan pelbagai persoalan-persoalan dan tuduhan-tuduhan;

Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut Kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu. Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?

so, tak ada salahnya bagi aku sebab die sendiri yang cakap lagu ni bukan untuk komersial. so, kalau kita nak cakap yang si Jac telah melanggar perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, aku tak nampak asasnye. kalau kite cakap rekod lagu khas untuk agama dia adalah salah dan menghina Islam samela ertinye apabila diorang duk print out kitab bible diorang adalah salah.


kalau dah tak melanggar apa-apa undang-undang, so hak kebebasan penganut Kristian tak leh dipersoalkan. zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu pun tak ada la pulak Nabi larang mereka yang bukan Islam dari mengamalkan agama mereka. ye, mereka tu Kafir Harbi, tp kalau di fikirkan same la dengan diorang ni, tidak memudaratkan Islam. tapi kalau anda nak dikaitkan dengan isu-isu lain macam mangkuk MCA yang duk hina Islam itu adalah isu lain.tak leh main qias-qias,ho3.


akan tetapi berbeza pulak dengan isu penayangan filem 'My Name Is Khan', lakonan Dato' Shah Rukh Khan. filem ni clear gile menyebarkan idea-idea pluralisme dalam agama. memang tak patot ditayangkan dan bagi aku, aku setuju dengan ABIM apabila diorang melarang keras-keras penayangan filem 'My Name is Khan' neh!




kenapa aku cakap berbeza?adekah kerana basis diorang berbeza iaitu komersial dan bukan komersial. jawapan aku adalah tidak! yang berbeza di sini ialah niat atau maksud atau tujuan rekod lagu 'Harapan Bangsa' adalah khas untuk orang kristian sahaja,gereja mereka dan semua yang berkaitanlah. akan tetapi, filem 'My Name is Khan' ni ditujukan kepada semua golongan penonton tidak mengire gender,agama dan bangsa.


so, adalah tak patotla kite semua nak mengherdik Jac neh. dah clear2 dia cakap dia tujukan lagu ni untuk golongan kristian sahaja. Islam adalah agama yang Aman, memanglah kita kene jaga semua hal-hal senstiviti Islam tapi kalau agama lain lemas nak hidup dengan kita, lama-lama semua berperang, berbunuh,menghina antara satu sama lain sedangkan Nabi tak pernah ajar kita menghina agama lain.


sumber: sini

2 Responses to “Malaysia Kecoh Lagi!”

  • November 6, 2012 at 4:24 PM
    Anonymous says:

    apela nak jadi ngn Malaysia ni.. ish, tukar negara karang.. hu3

    delete
  • November 15, 2012 at 8:35 PM
    Azuwa Hasan says:

    asal?ko nk tukr negara ke?

    delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook