Thursday, November 15, 2012

Edisi Kagum : Irene Fernandez Heroin Malaya

,
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



aku rase ramai yang akan bengang ataupun tengah bengang bile baca aku punye tajuk pos, Irene Fernandez adalah heroin malaya, kenapa? sebab die dan geng2 die iaitu Equal Rights Trust(ERT); merupakan satu badan kebajikan antarabangsa dan Tenaganita(dipengerusikan oleh Irene sendiri) membuat kajian tentang ketidakadilan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Ok, aku bukanya pakar dalam bidang ni dan sememangnya tak la sangat pasal Perlembagaan Persekutuan walaupun aku ada belajar subjek.

di dalam kajian beliau, beliau menyebut Perkara 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan adalah punca diskriminasi dan gagal mencapai matlamat asal perkara-perkara tersebut. 1st, yang patriotik melayu semua ni jangan tergesa-gesa membuat kesimpulan, mengencam serta menghina atau mengherdik mereka yang terlibat dalam kajian tersebut. 

2nd,kita semua mesti memegang sikap adil dan saksama, bukanye membabi buta mengutuk,marah dan menghina mereka yang terlibat sedangkan kita tidak jelas dengan apa yang mereka mahukan di dalam permasalahan yang mereka utarakan. apa yang kita perlu buat ialah baca dulu kajian mereka yang bertajuk 'Washing the Tigers', korang boleh baca di link ni.

sekiranya apa yang mereka katakan di dalam kajian mereka sama sekali tidak betul atau tidak berasas maka kita sebagai orang Melayu dan Islam haruslah menolak dengan baik dengan asas yang baik serta kukuh. bukan sebab alasan 'ini tanah orang melayu', 'ini tanah nenek moyang kami', 'korang semua adalah pendatang' sebab semua tu alasan bodoh. kalau ikutkan sejarah, tanah melayu ni pun bukanya tanah asal orang Melayu, tuan asal adalah siam, jawa dan sebagainye la..

ape pun, yang Muslim harus adil dan saksama kerana semua akan di soal di akhirat kelak. tidak setuju sama sekali dengan kenyataan Irwan Fahmi;PERKASA. lagi pun,
As Thomas Jefferson put it...
"If a law is unjust, a man is not only right to disobey it, he is obligated to do so." 


1 Responses:

  • November 27, 2012 at 10:36 AM
    saifudin says:

    Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook