Monday, March 11, 2013

Selangkah Ke Sana

,

السلام عليكم




 udah lama jugak aku xusik blog aku, entahla kemain malas lagi nak bukak. biasala, sibuk dengan urusan dunia, alhamdulillah urusan akhirat masih terjaga.

xtau nak cakap apa,xtau nak tulis apa, xtau nak buat apa, banyak benda yang aku xtau, dari benda yang penting kepada benda yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan aku. sem 6 di USIM ternyata amat ringan bagi aku, kebanyakan subjek diyakini senang untuk ditekel berbanding semester lepas walaupun sem ni akan aku menghadap lagi muka lecturer yang 120% membebani aku. tapi wakdehek, lumrah belajar.

9 mac, 10 mac merupakan antara hari yang paling aku enjoy, ini adalah 1st time aku pergi program aku enjoy, why?no pressure at all. sebelum ni, semua program yang aku join dan yang aku personally hendel memang membebankan, demands from sponsors, demands dari certain pihak, expectations, rules, things to do and things to achieve. em, ternyata nikmat Ikhlas lebih manis dari nikmat mengejar keduniaan. walaupun bayaran mereka sampai rm500 untuk 2hari 1 malam tapi kadang2 pressure yang aku rasa melebihi dari nilai bayaran. dunia dunia dunia, salah seorang daripada lecturer aku yang paling aku respek, Dr Zulkifli Hasan pernah cakap,'syeikh, kalau anta kejar akhirat, dunia akn kejar anta dengan sendiri, datang kepada anta tanpa perlu risau'. 

program kem kepimpinan pengawas 2013 di Sek Agama Irshadiah, Bagan Datoh, Perak memang enjoy terus, the participants are eager to learn and to be taught. ibarat mereka yang menadah mulut untuk air di saat dahaga yang teramat. walaupun ada di kalangan mereka yang langsung tidak menunjukkan minat, namun amat senang untuk aku ckp, xsemestinye kerana nila rusak susu sebelanga. kan?

tugas aku di program ni adalah sebagai moderator, yang mana adalah kebiasaan aku di dalam mana-mana program. tapi agak kekok apabila dah lebuh 4tahun aku langsung x join program yang mana modus operandi adalah motivasi sedangkan kemahiran aku sekarang ialah training yang mana menggunakan experimental experience sebagai modus operandi. tapi tetap enjoy, ditemani dengan rakan seperjuangan, member2 dari USIM sendiri. agak susah aku nak bawak benda serius sebab kebiasaan membawa imej lucu dan lawak(semua ni kesan dr jadi host kat function2 kat hotel). tapi dengan arahan dan tunjuk ajar dari Madam Nabilah Azizan aka Ibu dapat semua tugas dilancarkan. heh heh heh.



tiada apa yang hebat aku cakap kat sana, hanya bercakap tentang kewujudan potensi dalam diri menusia, harus dikenal pasti dan di aplikasi, tentang realiti pemimpin yang seharusnya memberi inspirasi pada mereka di bawah dan sekeliling dan tatacara organisasi yang praktikal yang mana aku belajar dengan geng2 UniKL 3tahun dulu, dan juga sikap pemimpin yang seharusnya berpegang pada prinsip maju ke hadapan. anyway, semua setel!! alhamdulillah..







0 Responses to “Selangkah Ke Sana”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Official Pokwa Blogsite Copyright © 2011 -- Template created by Azuwa Hasan -- Powered by Facebook